Kehidupan awal Joko_Widodo

Joko Widodo dilahirkan pada 21 Jun 1961,[16] merupakan anak kepada Noto Mihardjo dan Sujiatmi Notomiharjo dengan asalnya bernama Mulyono.[17][18] Bapanya berasal dari Karanganyar, sementara neneknya dari desa Kabupaten Boyolali. Bersekolah di SD Negeri 111 Tirtoyoso dan antaranya gurunya ialah Sutarti Wardojo yang teramat memuji kepemimpinannya.

Sejak kecil beliau menjual payung demi keperluan sekolah dan jajan. Beliau berjalan kaki sahaja ke sekolah.[19] Bapanya ialah seorang tukang kayu dan banyak mempengaruhi gaya berfikir Jokowi. Seterusnya belajar di SMP Negeri 1 Surakarta dan SMA Negeri 6 Surakarta. Jokowi sambung belajar dalam jurusan perhutanan di Universiti Gadjah Mada dan berjaya menghasilkan tesis "Studi tentang Pola Konsumsi Kayu Lapis pada Pemakaian Akhir di Kodya Surakarta".[20]

Selepas tamat belajar pada 1985, Jokowi bekerja di BUMN PT Kertas Kraft Aceh dan di Hutan Pinus Merkusii di Dataran Tinggi Gayo, Aceh Tengah. Kemudian membantu saudaranya Miyono, CV Roda Jati. Pada tahun 1988, beliau menubuhkan CV Rakabu dan banyak kali tertipu dengan penghutang. Tahun 1990 beliau bangkit kembali dengan pinjaman modal Rp 30 juta dari ibunya. Rakan niaganya Micl Romaknan memberi kepercayaan untuk meneruskan usaha niaga, kembara ke seluruh Eropah dan kembali ke Indonesia sebagai ahli politik. Semasa Pemilihan Kota Solo 2005, Jokowi bertanding atas tiket Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) sebagai calon Datuk Bandar Surakarta. Di bawah kepemimpinannya, Solo mengalami perubahan dan menjadi kajian di universiti luar negeri.Seterusnya Jokowi terpilih kembali sebagai Datuk Bandar Surakarta 2010.[21][22]

Slogan baru diperkenalkan iaitu "Solo: The Spirit of Java". Semua pedagang di Taman Banjarsari dipindahkan ke tempat baru yang lebih cantik. Taman Balekambang yang terbiar berjaya diubah menjadi taman.[23]

Bandar Solo diangkat menjadi "kota budaya" dan "kota batik". Contohnya pada tahun 2011, Solo menjadi ibukota batik Indonesia. Selain itu, sejak tahun 2008, kota Solo mengadakan Solo Batik Carnival hampir setiap tahun. Tahun 2007, Surakarta menjadi tuan rumah Festival Muzik Dunia di kompleks Benteng Vastenburg dan tahun 2008 dipindahkan ke komplek Istana Mangkunegaran. Selain itu, Solo menjadi tuan rumah Euro-Asia World Heritage Cities Conference and Exhibition (2008), Solo International Ethnic Music Festival (SIEM) (2007) International Performing Arts Festival (2009).

Rujukan

WikiPedia: Joko_Widodo http://www.development.asia/PDF/issue15/devasia-15... http://www.smh.com.au/business/federal-budget/fede... http://www.smh.com.au/comment/indonesian-president... http://www.smh.com.au/federal-politics/political-n... http://www.smh.com.au/national/schapelle-corby-mad... http://www.smh.com.au/world/bali-nine-executions-i... http://www.smh.com.au/world/bali-nine-executions-i... http://www.smh.com.au/world/brazil-and-the-netherl... http://www.theaustralian.com.au/news/inquirer/dipl... http://www.theaustralian.com.au/opinion/columnists...